Google Translator
Alhamdulillah. Nasihat untuk diri sendiri. Saya tulis untuk dikongsikan untuk diri saya sendiri di masa depan. Moga-moga adalah kebaikan kepada yang lain.
Ramadan yang lepas, saya ada berdoa, satu saya sangat hendak memiliki Tafsir Ibnu Kathir. Saya berdoa, untuk memilikinya. Kedua saya hendak pandai dalam bahasa Inggeris.
Alhamdulillah, kelmarin ALLAH hadiahkan saya ilmu. Dengan menggunakan translate.google.com saya dapat dua benda yang saya mahukan.
Lihatlah betapa mudah kerja untuk memahami perkataan English dengan menggunakan google translator. Untuk Tafsir Ibnu Kathir, download sahaja disini [http://www.geocities.com/tafsir_ibn_kathir/], kemudian translate sahaja di google translate untuk lebih faham. Mungkin ada perkataan tak diterjemahkan, namun sebenarnya kita masih lagi dapat faham. Sekarang ini atas saya pula, mahu faham Al-Qur’an atau pun tidak. Oleh itu, marilah sama-sama kita ambil dan gunakanlah teknologi ini untuk kebaikan kita bersama.
Alhamdulillah. Syukran kepada Esanstudion.net kerana membantu ana.
tapi tengok Google translate macam teruk jee…Ana lebih suka guna Citcat.com untuk translate perenggan English.
Ana guna juga citcat tu. Kekurangan dia, dia hadkan kepada 100 perkataan sahaja.