Sup Frankfurter Ayam Ramli untuk kanak-kanak

Sup yang di buat ini mendapat sambutan 2D.
Bahan-bahannya adalah:

Frankfurter Ayam Ramli – 2 batang
Kentang – 1/2 biji
Lobak Merah – 1/4 biji
Bawang Merah – 1 biji (yang besar)
Garam – satu sudu kecil

Caranya
Saya potong Frankfurter Ayam kecil-kecil, masukkan dalam air. Kemudian masukkan ketang, lobak merah,
bawang dan sedikit garam. Rebus seketika

Kemudian, biarkan ia sejuk sementara

Oleh kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur, maka saya blendkan kesemua bahan di atas. Warnanya jadi oren cair.

Berkali-kali mereka tambah.

Alhamdulillah…

Posted in Kanak-Kanak | Leave a comment

Tips Temuduga

Boleh dapatkan info tambahan di website ini: http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=2630&st=150&p=331633&hl=SWISH&fromsearch=1&#entry331633

Posted in Jurnal | Leave a comment

19 Ramadan 1431- Ramadan, satu nasib tak serupa


Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr
Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman

Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbezaRamadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zamanRamadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu

Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang

Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Ramadan semakin habis, saya tidak buat sehabis baik. Maka rasanya saya perlu buat keputusan ini.

———————

Risau
Semalam, saya pergi terawih di sebuah masjid. Bersama-sama saya ada anak saudara saya yang masih kecil. Oleh kerana risaukan mereka, saya bersolat bedekatan dengan mereka, walaupun bonda mereka ada dekat juga dengan mereka.

Untuk hilangkan risau, saya pergi jauh dari mereka. Maka saya kira itulah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

Kisahnya facebook
Begitu juga dengan kisahnya facebook.

Keberadaan saya di difacebook mengundang saya pelbagai perasaan. Jika jemaah di serang, maka, memang tugas kita yang berada di lapangan untuk jernihkan kembali apa yang di kotorkan. Sepatutnya keadaan seperti ini tidak berlaku di bulan suci Ramadan.

Maka, saya buat keputusan, untuk baki Ramadan ini, saya akan pergi jauh dari Facebook. Saya ingin mencontohi Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat tabiin yang bekerja keras di bulan Ramadan. Semoga ALLAH menjaga kesemuanya. Selamat tinggal untuk sementara waktu. Semoga saya tidak menangis kekesalan apabila Ramadan pergi kelak. Ramadan depan tidak tahu lagi bagaimana nasib.

Semoga mendapat keampunan dan ketaqwaan.

Maaf salah dan silap. Wassalam.

Link:
Amalan Rasulullah dan Sahabat

Posted in Jurnal, Ramadan 1431 | Leave a comment

Menghantar mesej di LAN

Saya mencari info untuk menghantar meseg kepada LAN. Menurut pembacaan saya, untuk Window, boleh di gunakan arahan NET SEND <computer-name> <message> manakala untuk Linux pula, smbclient -M <host> Info ini saya perolehi daripada website LinuxForum.org

Untuk pembacaan lanjut, sila rujuk rujukan.

Rujukan.

” FreeBSD / Linux: Sending a Message to Windows Workstation with smbclient command.” nixCraft: Linux Tips, Hacks, Tutorials, And Ideas In Blog Format. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.cyberciti.biz/tips/freebsd-sending-a-message-to-windows-workstation.html>.

” Bekerja dengan smbclient : IlmuKomputer.Com.” IlmuKomputer.Com. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://ilmukomputer.org/2007/03/28/bekerja-dengan-smbclient/>.

“A Linux Enhanced port of Winpopup.” A Linux Enhanced port of Winpopup. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://linpopup2.sourceforge.net/>.

“Adi Setio Nugroho.” Adi Setio Nugroho. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://adiseno.cilacaponline.web.id/blog/?paged=10>.

LINUXHELP.WEB.ID – Koneksi share Windows XP di Linux dengan, Samba. (n.d.). LINUXHELP.WEB.ID – powered by phpMyFAQ 2.6.4. Retrieved August 28, 2010, from http://www.linuxhelp.web.id/index.php?action=artikel&cat=5&id=91&artlang=en

“Linux/UNIX For DOS Users.” YoLinux.com: Linux Tutorials, Help, Documentation and Information. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.yolinux.com/TUTORIALS/unix_for_dos_users.html>.

“Net Send by IP address.” Computer Tech Support Forum – Windows – Linux – Mac – Computing.Net. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.computing.net/answers/dos/net-send-by-ip-address/9623.html>.

“Net send command – Linux Forums.” Open Source and Linux Forums. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.linuxforums.org/forum/misc/23161-net-send-command.html>.

“Net send command reference. Syntax, using examples, enabling and disabling messenger service, net send in Windows 7/Vista.” LAN messenger, Net send and WinPopup replacement for Windows 7/Vista/XP/2000/98. Free programs for instant messaging within LAN. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.winsentmessenger.com/netsend/>.

“Pengenalan Lan Sekolah Linux.” Upload & Share PowerPoint presentations and documents. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/pengenalan-lan-sekolah-linux-presentation>.

Samba Client Menggunakan Linux « Bebas Mengalir. (n.d.). Bebas Mengalir. Retrieved August 28, 2010, from http://northskh.wordpress.com/2009/11/06/samba-client-menggunakan-linux/

massage, useing net send command u can send. “HOW TO SEND MESSAGE ON LAN [Solved].” Kioskea – Computing community. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://en.kioskea.net/forum/affich-137371-how-to-send-message-on-lan>.

mrcleal. ” YouTube – how to send messages to network users .” YouTube – Broadcast Yourself. . N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.youtube.com/watch?v=0X0Yg8C-o18>.

system, the admin as a potential pitfall. When removing a user from the. “Configuring Linux Workstations for a Microsoft Windows Environment and Network.” YoLinux.com: Linux Tutorials, Help, Documentation and Information. N.p., n.d. Web. 28 Aug. 2010. <http://www.yolinux.com/TUTORIALS/LinuxTutorialMicrosoftWindowsN

Posted in Linux, Tools Administrator Server | Leave a comment

Makan-Eat

Saya sedang makan. I’m eating.

Saya telah makan. I was eating.

Saya akan makan. I will eat

Posted in Bahasa, Bahasa Inggeris | Leave a comment

17 Ramadan 1431

Salam. Hari ini sudah masuk 17 Ramadan 1431 Pagi ini saya masih di buku tiga Tafsir Ibnu Kathir yang mengandungi juz 6-9. Harap hari ini dapat habiskan buku ini. Masih ada Buku 4, 5,6,7,8,9,10 iaitu 7 buah lagi untuk di habiskan, iaitu sifirnya 1 hari mesti habiskan satu buah. Semoga di permudahkan.

Bersama-sama ini saya sertakan MP3 Al-Quran. http://mp3quran.net/eng/yasser_english.html</p>

Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya

Posted in Ramadan 1431 | Leave a comment

16 Ramadan 1431

Syukur.

Assalamualaikum. Malam ini, malam kedua membaca qunut bermakna esok adalah 17 Ramadan. Sangat bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH beri kesempatan dan tenaga untuk buat 20 rakaat solat terawih dan 3 rakaat witir. Nikmat yang cukup indah.

Doa yang utama pada bulan Ramadan.

Baiklah, sebelum ia pergi dengan begitu cepat, saya harapkan saya tidak di tinggalkan lagi. Semoga saya betul-betul dalam mood ramadan untuk menambah sebanyak mungkin pahala.

Sempat membaca satu artikel tulisan rakaman dari Tuan Guru Dato’ Haron Din . Artikel ini berkisar tentang kerugian seseorang apabila sudah habis Ramadan, dosa-dosanya masih tidak di ampunkan. Didalam artikel ini juga ada di sebut tentang doa yang paling utama dalam bulan Ramadan. Doa yang dimaksudkan adalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Doa ini diceritkan dalam hadis di bawah ini:

Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah: “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Jumpa Kakak.

Sempat jumpa kakak sebelum kakak balik ke Kelantan esok bersama abangnya. Kami bertukar buku, kakak berikan saya buku CCNA manakala saya berikan buku yang saya beli online dan sampai semalam yang bertajuk:Phd Kecil Tapi Signifikan tulis Prof. Kamil Ibrahim.

Planet Marikh

Diberitakan di internet bahawa hari ini, kita dapat melihat dua bulan pada jam 12.30 pagi. Alhamdulillah, saya baru selesai melihat jam 12.40 pagi tadi. Memang ada kelihatan sesuatu di sisi bulan tapi tidak seperti bulan, sesuai di katakan seperti bintang.

Rujukan:

  1. Tazkirah Ramadan 2006 – Ustad Haron Din. (2006, October 5). DARUSSYIFA’ ONLINE . Retrieved August 26, 2010, from http://www.darussyifa.org/TazkirahRamadan_5Okt2006.php
  2. Marikh sebesar Bulan 27 Ogos ini? Ohh tidak!!!! | Falak Online – Portal dan Komuniti Astronomi Malaysia. (n.d.). Falak Online – Portal dan Komuniti Astronomi Malaysia | Discover . Explore . Share. Retrieved August 26, 2010, from http://www.falak-online.net/portalfalak/content/25/8/2010/marikh-sebesar-bulan-27-ogos-ini-ohh-tidak

Posted in Ramadan 1431 | Leave a comment

Koleksi Brush untuk Adobe Photoshop CS3

Sila Donwload di sini:

http://www.liderboard.com/162462-photoshop-brushes-plugins-styles-etc-collection-2.html

Posted in Adobe Photoshop CS3, Grafik | Leave a comment

14 Ramadan 1431

Assalamualaikum. Hari ini sudah masuk 14 Ramadan. Malam ini malam yang ke 15 Ramadan. Saya memulakan Ramadan saya pada 7 Ramadan. Bermakna 6 hari saya perlu mengganti puasa pada tahun ini.

Wajib bekerja keras memandangkan daripada 10 tafsir, saya hanya baru tafsir yang 2. Langsung tidak sempat maksud ayat-ayat yang terkandung dalam nya. Ya ALLAH, maafkan aku. Kakak dah masuk Juzuk yang Ke 7 semalam.

Saya minta maaf salah dan silap kepada semua. Salam Ramadan. Doakan saya.

Wassalam.

Posted in Ramadan 1431 | Leave a comment

Generic Host Process For Win32 Services

OS: Window Xp SP2
Tanda-tanda: Keluar satu window mengatakan “Generic Host Process for Win32 Services has encountered a problem and needs to close. We are sorry for the inconvenience.”. Apabila tekan tutup, komputer akan kehilangan internet dan tidak lama kemudian komputer menjadi hang.

Ada beberapa cara penyelesaian yang di cadangkan untuk mengatasi masalah ini.

1) Menutup port 445 dan 135.
Kebanyakan penulis mengatakan cara menutup port 445 adalah seperti berikut:

Start Registry Editor (Regedit.exe) dengan meng-klik Start menu, kemudian klik Run.
Pada kotak kecil yang terbuka, ketik: regedit kemudian klik OK. Registry Editor sekarang terbuka.
Carilah registry berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\NetBT\Parameters
Di bagian kanan window carilah opsi yg bernama TransportBindName.
Dobel klik angka tersebut, kemudian delete default value, sehingga menjadi kosong (blank value).

Untuk menutup port 135 pula adalah seperti berikut
Perlu harus mencari kunci berikut : HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\OLE
Anda akan melihat sebuah String Value yang bernama : EnableDCOM lalu Set-lah value ke: N (biasanya tertulis Y)
Tutuplah Registry Editor. Restart-lah komputer Anda.

Selepas di tutup kedua-dua port tersebut, ada beberapa cara lagi penyelesaian antaranya:

Penyelesaian #1:
Klik ‘Run’ dan ketik ‘Regedit’
Klik bagian:
HKEY_LOCAL_MACHINE > SYSTEM > CurrentControlSet > Services > Browser > Parameters
Carilah dengan mengklik Find kata kunci : IsDomainMaster
dan set
Data: False
Restart PC kamu.

Penyelesaian #2:
Klik ‘Run’ dan ketik ‘cmd’
Tulislah ‘netsh’ di konsol command lalu tekan enter
Kemduian ketik ‘winsock’ dan tekan enter lalu tulis reset
Restart PC Anda.

Penyelesaian #3:
Download LspFix (http://cexx.org/lspfix.htm) dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.

Penyelesaian #4:

Download Microsoft Update Patch (http://support.microsoft.com/kb/894391) dan jalankan. “Thanx to Nirmal for this”.

Penyelesaian #5:

Klik ‘Run’ dan ketik ‘Regedit’
Klik bagian: HKEY_LOCAL_MACHINE > SYSTEM > CurrentControlSet > Services > Browser > Parameters
Carilah dengan mengklik Find kata kunci : IsDomainMaster dan set Data: False Restart komputer.

Penyelesaian #6:
Klik ‘Run’ dan ketik ‘cmd’ Tulislah ‘netsh’ di konsol command lalu tekan enter
Kemduian ketik ‘winsock’ dan tekan enter lalu tulis reset Restart komputer.

Penyelesaian #7:
1. Copy kode dibwah ke Notepad

@ECHO offEcho Coded by http://hubpages.com/profile/rancidTaste

reg add HKLM\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\netbt\parameters /v TransportBindName /t REG_SZ /d "" /f

reg add HKLM\Software\Microsoft\OLE /v EnableDCOM /t REG_SZ /d "N" /f

Echo Coded by http://hubpages.com/profile/rancidTaste

Echo Generic Host Error Problem Is Fixed, Press any key to continue
pause:
2. Simpan dengan nama GenericHostErrorProblem.bat dan tutup atau download langsung filenya disini
3. Buka kembali file GenericHostErrorProblem.bat tersebut
4. Setelah memperbaiki error dengan sendirinya, anda diminta untuk menekan sembarang tombol untuk mengakhiri proses.

Rujukan:

  1. ” YouTube – How-to: Use NETSTAT.EXE to detect spyware/malware .” YouTube – Broadcast Yourself. . N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  2. “..::abu_Syaffa’s Blog::.. – Windows Error_”Generic Host Process for Win32 Services………”.” ..::abu_Syaffa’s Blog::.. . N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  3. Bahru, U. (2009, December 10). Mengatasi Masalah Generic Host Process for Win32 Services Error « www.UdiWARE.com – Media Informasi Laptop, Laptop Second, Service Laptop, Konsultasi Laptop, Laptop Specialist. www.UdiWARE.com – Media Informasi Laptop, Laptop Second, Service Laptop, Konsultasi Laptop, Laptop Specialist. Retrieved August 23, 2010, from http://udiware.wordpress.com/2009/12/10/mengatasi-masalah-generic-host-process-for-win32-services-error/
  4. “Generic Host Process For Win32 Services – Tanya@Putera – Page 2.” Tanya@Putera. N.p., 3 Dec. 2008. Web. 23 Aug. 2010. .
  5. “Generic Host Process for Win32 Services – Kaskus – The Largest Indonesian Community.” Kaskus – The Largest Indonesian Community. N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  6. “LSP-Fix – a free program to repair damaged Winsock 2 stacks.” Counterexploitation [cexx.org]. N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  7. Syakirin, Risko. “hanya sebuah CORETAN: Generic Host Service for Win 32 Error.” hanya sebuah CORETAN. N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  8. “W32.Downadup Removal Tool | Symantec.” Symantec – AntiVirus, Anti-Spyware, Endpoint Security, Backup, Storage Solutions. N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010. .
  9. “wwdc.exe – 4shared.com – online file sharing and storage – download.” 4shared.com – free file sharing and storage. N.p., n.d. Web. 23 Aug. 2010.

Posted in Masalah, Trojan, Virus, Worm | Leave a comment